SESI : JUN 2018
TAJUK: HUBUNGKAIT KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
NAMA AHLI DAN NOMBOR PENDAFTARAN:
1- NURUL FARHANNA BINTI ABDUL HADI
(02DLS18F1019)
2- QAIRUN NISSA AIMI BINTI ABDULLAH
(02DLS18F1078)
3- NUR AISYAH BINTI MAZELAN (02DLS18F1044)
4- NUR FAZILAH BINTI YANI (02DLS18F1013)
NAMA PENSYARAH:
PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
PUAN RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
KELAS: DLS1A
PENDAHULUAN
Malaysia kini berada pada titik pertengahan pada perjalanan ke arah mencapai Wawasan 2020 di mana Negara kita akan menjadi Negara yang maju secara holistik.Sebagai panduan untuk mencapai wawasan ini,Misi Nasional-satu rangka kerja bagi agenda pembangunan Negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang,telah diwujudkan.Salah satu penekanan dalam Misi Nasional ialah pembangunan modal insan kerana kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki sama ada dari segi intelek atau kepribadian.Ini sejajar dengan Falsafah Kebangsaan Negara dan juga matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Oleh itu,peranan pendidikan adalah sangat penting dalam usaha pembangunan modal insan ini.
KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM NEGARA
1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”
-masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang dan memberi kekuatan moral.
2. Menjadi negara berdaya saing dan berdaya maju.
-tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangun.Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.
3. Petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara
-Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.
4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan.
-sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia.
KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan untukmembentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997):
1.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam.
2.Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
3.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN DALAM
PERUTUSAN YAB DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
Modal insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap individu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama. Sebagaimana memetik kenyataan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2005 menjelaskan bahawa:
“Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah
segala-galanya. Ia perlu dilihat sebagai landasan
untuk mencapai kesejahteraan hidup dan keutuhan
sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan dan
kerohanian sangatlah penting supaya akan lahir
tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama
mengambil langkah memperkaya jiwa bangsa,
tradisi, budaya dan agama tidak seharusnya
menjadi halangan kepada kejayaan sebaliknya
perlu digarap sebagai tunjang mendaki ke mercu
kecemerlangan yang akan mengangkat martabat
bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia”.
Dalam perutusan sempena menyambut Hari Pekerja 2006, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-benar berkualiti adalah suatu kemestian. Sebagaimana kata-kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya:
“Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi
berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi
bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju
tetapi negara maju yang mempunyai identitinya
sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu,
pembangunan modal insan berminda kelas pertama
harus diutamakan”.
berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi
bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju
tetapi negara maju yang mempunyai identitinya
sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu,
pembangunan modal insan berminda kelas pertama
harus diutamakan”.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Negara adalah dibangunkan berasaskan kepada pelbagai perkara termasuk pembangunan insane, pembangunan Negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama kearah pemwujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan. Falsafah Pendidikan Negara yang juga, diassakan kepada hasrat serta inspirasi Negara dan dinyatakan secara bertulis adalah member penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan member sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini adalah menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan. Selain itu, Falasafah Pendidikan Negara mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan Negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga selaras dengan kehendak agama rasmi Negara dan pembangunan Negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara dibentuk berdasarkan syariah dan bukannya secular.
“Berteraskan kepada diatas (Falsafah Pendidikan Negara),
hala tuju dan matlamat pendidikan Negara Nampak semakin kukuh dari waktu sebelumnya. Gabung jalin antara rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan adalah menepati dengan Falsafah Pendidikan Islam.”
PERINGKAT PENDIDIKAN
Sistem pendidikan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah, rendah, menengah, serta lepas menengah. Sistem pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi.
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah ialah tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembagkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan sekolah rendah.
(a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 5 tahun
(b) Pusat jagaan
KURIKULUM KEBANGSAAN
- Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :
a)Kurikulum Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak
b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :
a)Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan.
b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.
c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum.
d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.
e) Menyediakan , menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan .
KOKURIKULUM KEBANGSAAN
Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang.
Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut:
a) membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.b) memberi wajaran kepada penglibatan yang seseuai kepada aktiviti kokurikulum .c) memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulumd) melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.e) memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,jelaslah bahawa Pembangunan modal insan dalam sistem pendidikan adalah perkara yang amat diperlukan kerana :- Dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia kearah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada masa hadapan.
- Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
- Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
- Untuk mempunyai pemimpin yang cemerlang, pemahaman dalam penghayatan modal insan adalah penting untuk menjadikan negara kelas pertama.
- Penghasilan mutu rakyat yang berkualiti dapat dijalankan dengan berkesan selepas kerajaan mengetahui isu-isu yang berkait rapat dengan pendidikan dalam konsep pembangunan insan.
RUJUKAN
MELAYARI INTERNET:
- https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan
- https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/kurikulum-kebangsaan
- http://www.academia.edu
- ejournals.ukm.my/jhadhari/article/viewFile/20016/6335
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pembangunan_Modal_Insan:_Teras_Pendidikan_Negara
- Buku Pengajian Malaysia M/S 180-189